Engaging the jinn's during our sleep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca. Saya ada dua soalan yang saya ingin tanyakan tentang apa yang saya alami sepanjang hidup saya. Harap anda berikan pandangan anda di bahagian komentar.

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali bermimpi tentang pertemuan saya dengan makhluk halus atau jinn. Di dalam setiap mimpi tersebut, semestinya ia akan bermula dengan saya mencabar makhluk tersebut untuk menunjukkan dirinya di hadapan saya dan berakhir dengan pembacaan ayat kursi di dalam mimpi dan melihat makhluk itu seolah-olah terbakar atau hilang atau mati atau muntah darah dan sebagainya. Sejurus selepas itu, saya terus tersedar daripada mimpi saya dan saya membaca kembali ayat tersebut dalam keadaan sedar.

Potongan ayat kursi daripada ( 2:255 )


Secara ringkasnya, ayat kursi dibaca apabila kita ingin meminta perlindungan daripada Yang Maha Esa terhadap apa-apa jenis perkara sekalipun.

Selain daripada itu, beberapa tahun lepas, saya seringkali bermimpi tentang ular yang datang mengejar saya dan kadangkala saya dipatuk oleh reptilia tersebut. Terdapat dua pendapat di sini tentang mimpi tersebut iaitu :
1. Dirinya disihir oleh seseorang
2. Bakal menemui jodoh

Ok sejujurnya mesti lah saya mengharap yang nombor 2 itu.... Hahaha sorry melawak kejap...

Pernahkah anda mengalami pengalaman sedemikian ? Jika pernah, sila lah "share" juga di entri ini. Berikan juga apa pandangan anda terhadap mimpi tersebut.

Wallahualam, pengetahuan Allah merangkumi segalanya.

Comments

Popular Posts