What I wish people should do more ( including myself )

Assalamualaikum. Pada entri kali ini, saya akan bertulis tentang kepercayaan yang ada di dalam hati kita. Saya juga akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya kerana saya percaya bahawa mesej yang akan saya cuba sampaikan ini lebih senang difahami jika saya tidak menggunakan bahasa Inggeris. Ini juga dilakukan oleh kerana terdapat banyak penambahbaikan yang perlu saya lakukan terhadap penulisan bahasa Inggeris saya.

Kepercayaan. Apa itu kepercayaan ? Ia merupakan sesuatu perkara yang telah kita terapkan di dalam hati kita dan kita diajar untuk tidak persoalkan tentang kepercayaan. Kebiasaannya, kepercayaan ini juga dinamakan sebagai "agama".

Secara peribadi, saya sering mempersoalkan tentang apa yang saya fahami atau percaya tentang agama saya. Ini berlaku kerana saya tahu bahawa saya tidak boleh bermain-main tentang apa yang saya percaya tentang Tuhan. Sebelum ini, saya memilih jalan untuk hanya belajar apabila terdapat sesiapa yang ingin mengajarkan saya tentang Al-Quran. Jika tidak, kitab suci itu akan menjadi tidak lebih daripada perhiasan di rumah saya. Inilah realiti manusia pada zaman ini, tidak dinafikan lagi. Mari kita muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan.

Saya akan memberi beberapa potongan ayat daripada Al-Quran yang boleh kita renung-renungkan. Maksud yang dibawa memang "straight forward".


( 3:138 ) 


( 81:27 )


( 2:2 )


Mari lah kita sama-sama menimba ilmu Al-Quran setiap hari. Wallahualam, Allah Maha Mengetahui.

Comments

Popular Posts